CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, September 9, 2012

PENYEDIAN BEKAS 2

Opss.. tunggu dulu.. sebelum kamu membeli tumbuhan akuatik. Tahukan kamu bahawa tumbuhan akuatik mempunyai pelbagai jenis?


JENIS-JENIS TUMBUHAN AKUATIK


Terdapat dua jenis tumbuhan akuatik, iaitu tumbuhan akuatik tenggelam dan tumbuhan akuatik yang timbul. Tumbuhan akuatik terapung hidup terapung di permukaan air, tetapi akarnya berada di dalam air. Manakala tumbuhan akuatik tenggelam hidup di dalam air sepenuhnya.



Kini, setelah kamu mengetahui jenis-jenis dan nama tumbuhan yang boleh kamu guna, tiba masanya untuk kamu ketahui cara penanaman yang sesuai. Ingat ya, tanaman ini bukan boleh diletakkan begitu sahaja. Perhatikan video di bawah :


MENANAM TUMBUHAN AKUATIK

Masih lagi tidak faham? Tidak mengapa. Di sini, saya sediakan slaid yang boleh kamu jadikan sebagai nota. Baca jangan tak baca. Sekiranya masih lagi tidak jelas, tinggalkan komen. Jangan lupa. Jumpa lagi!

                                 

PENYEDIAAN BEKAS

MEMILIH BEKAS HIASAN

Untuk memelihara ikan hiasan, kamu akan memerlukan bekas yang sesuai untuk dijadikan tempat tinggal mereka. Terdapat pelbagai jenis bekas yang boleh kamu gunakan berdasarkan minat dan pilihan kamu.


MEMILIH IKAN HIASAN

Sebelum kamu mula membeli jenis ikan yang dikehendaki, kamu harus memilih ikan yang sesuai untuk dipelihara. Antara faktor utama yang dan ciri-ciri yang harus difikirkan ialah :

  • mudah dipelihara
  • boleh bercampur dengan ikan lain
  • tahan terhadap serangan penyakit
  • tahan terhadap perubahan mutu dan suhu air

MENGENAL DAN MEMILIH TUMBUHAN AKUATIK DAN HIASAN

Akuarium atau bekas tentunya kelihatan kosong sekiranya tiada sebarang hiasan diletakkan. Maka, antara dengan meletakkan tumbuhan air, ia dapat membantu dalam bertujuan mencantikkan akuarium dan membekalkan oksigen kepada ikan kamu. Tumbuhan akuatik ini juga boleh dijadikan sebagai sumber makanan sampingan.

Tetapi jangan terkejut ya, tumbuhan tiruan turut boleh diletakkan bersama. Berikut adalah contoh tumbuhan yang boleh digunakan.



Okey, jadi sekarang, kamu boleh mula menyenaraikan jenis-jenis ikan dan tumbuhan yang boleh dibeli untuk akuarium kamu. Tetapi pastikan tidak membazir ya. Tetapi jangan terus beli! Ada banyak lagi yang perlu kamu tambahkan. Jumpa lagi!

Saturday, September 8, 2012

PENGENALAN KEPADA IKAN HIASAN

MENGENAL BAHAGIAN LUAR IKAN

Sudahkah kamu mengenalpasti beberapa jenis ikan hiasan yang ada? Sekiranya ya, kita akan lihat nanti sama ada ia akan tersenarai dalam jenis ikan hiasan yang akan dibincangkan nanti atau tidak. Terlebih dahulu, kita akan mengenal pasti bahagian-bahagian luar ikan hiasan. Seperti manusia, ikan juga mempunyai bahagian-bahagian badan tertentu. Antaranya adalah mulut, mata, sisik, sirip, ekor dan penutup insang. Perhatikan rajah di bawah :


Bahagian luar ikan hiasan

Bagaimana? Tidak sukar bukan? Cuba hafal bahagian-bahagian berikut. Ini kerana biasanya bahagian badan ikan ini merupakan soalan yang kerap kali keluar dalam peperiksaan. Baiklah, seterusnya kita lihat spesies atau jenis ikan yang boleh kamu pelihara. Biasanya ikan hiasan ini dipelihara sama da di dalam kolam, mahupun di dalam akuarium. Dalam pembelajaran kali ini, kita akan melihat dengan lebih mendalam beberapa spesies ikan tropika bersama ciri-ciri mereka.


SPESIES IKAN HIASAN TROPIKA

  
ANGEL FISH
  • berbentuk pipih dan hujung mulut yang tajam
  • sirip dorsal dan anal terbuka lebar ke arah ekor
  • mempunyai sepasang sirip terjuntai menjangkau ke ekor berwarna putih di bahagian dada
  • warna putih keperakan, kebiruan dan berbelang hitam



IKAN EMAS

  • berwarna keemasan dan keputihan, kemerahan
  • jinak dan menjadi kegemaran untuk dipelihara
  • mempunyai pelbagai bentuk dan jenis
  • makan semua jenis makanan
  • bertelur

IKAN PELAGA
  • biru kehitaman dan kemerahan
  • bergerak aktif dan pantas
  • mempunyai sirip yang panjang dan cantik
  • sukakan keadaan persekitaran yang gelap
  • bertelur




IKAN KOI

  • berwarna putih bertompok merah, bertompok hitam
  • bersaiz besar
  • berasal daripada Jepun
  • makan semua jenis makanan ikan






Bagaimana? Adakah ikan-ikan yang dicari tersenarai dalam pembelajaran kali ini? Kepelbagaian sifat dan rupa ikan hiasan ini membantu dalam menceriakan lagi suasana hidupan air yang dipelihara. 


TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN

Namun, tahukah kamu mengapakah ikan hiasan ini diperlihara? Apakah manfaat yang dapat kita perolehi? Ikan hiasan dipelihara bagi menceriakan kawasan sudut rumah, pejabat atau kelas kamu sendiri. Pemeliharaan ikan hiasan ini juga memberikan ketenangan kepada kita di samping menghayati kehidupan alam akuatik.


Suasana sebegini mampu memberi ketenangan kepada penghuni
rumah yang baharu pulang letih bekerja / sekolah

Seronok bukan? Walau pun ikan bukanlah haiwan peliharaan yang boleh dibelai, kita masih boleh menunjukkan kasih sayang dengan memastika ia sentiasa diberi makanan dan dibersihkan tempat tinggalnya daripada kekotoran. Bagaimana pula caranya? Nantikan keluaran akan datang ya. Fahami segala pembelajaran di atas. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau tidak jelas, hantarkan mesej melalui komen di bawah. Terima kasih! Jumpa lagi!



SELAMAT DATANG

ASSALAMUALAIKUM & SALAM SEJAHTERA SEMUA!!


Selamat datang ke blog pembelajaran ini. Untuk laman ini, kamu akan mempelajari sedikit sebanyak mengenai subjek KEMAHIRAN HIDUP. Subjek ini sesuai untuk murid-murid di antara tahun 4 hingga ke tahun 6. Namun, kali ini, sebelum bermula, ingin saya jelaskan bahawa topik-topik yang akan kita pelajari adalah dibawah tajuk IKAN HIASAN bagi tahun 5. Tahukah anda jenis-jenis ikan yang ada? Bagaimanakah cara untuk membela ikan? Bagaimana pula cara untuk membersihkannya?

Adakah akuarium anda kelihatan seperti ini?


Sebelum kita bermula, adalah lebih baik untuk kamu kenal pasti dan cuba cari beberapa nama ikan hiasan yang biasa digunakan sebagai peliharaan di rumah. Ini akan dapat memastikan diri kamu bersedia untuk memulakan pembelajaran nanti. Selamat mencuba!