CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Saturday, September 8, 2012

PENGENALAN KEPADA IKAN HIASAN

MENGENAL BAHAGIAN LUAR IKAN

Sudahkah kamu mengenalpasti beberapa jenis ikan hiasan yang ada? Sekiranya ya, kita akan lihat nanti sama ada ia akan tersenarai dalam jenis ikan hiasan yang akan dibincangkan nanti atau tidak. Terlebih dahulu, kita akan mengenal pasti bahagian-bahagian luar ikan hiasan. Seperti manusia, ikan juga mempunyai bahagian-bahagian badan tertentu. Antaranya adalah mulut, mata, sisik, sirip, ekor dan penutup insang. Perhatikan rajah di bawah :


Bahagian luar ikan hiasan

Bagaimana? Tidak sukar bukan? Cuba hafal bahagian-bahagian berikut. Ini kerana biasanya bahagian badan ikan ini merupakan soalan yang kerap kali keluar dalam peperiksaan. Baiklah, seterusnya kita lihat spesies atau jenis ikan yang boleh kamu pelihara. Biasanya ikan hiasan ini dipelihara sama da di dalam kolam, mahupun di dalam akuarium. Dalam pembelajaran kali ini, kita akan melihat dengan lebih mendalam beberapa spesies ikan tropika bersama ciri-ciri mereka.


SPESIES IKAN HIASAN TROPIKA

  
ANGEL FISH
  • berbentuk pipih dan hujung mulut yang tajam
  • sirip dorsal dan anal terbuka lebar ke arah ekor
  • mempunyai sepasang sirip terjuntai menjangkau ke ekor berwarna putih di bahagian dada
  • warna putih keperakan, kebiruan dan berbelang hitam



IKAN EMAS

  • berwarna keemasan dan keputihan, kemerahan
  • jinak dan menjadi kegemaran untuk dipelihara
  • mempunyai pelbagai bentuk dan jenis
  • makan semua jenis makanan
  • bertelur

IKAN PELAGA
  • biru kehitaman dan kemerahan
  • bergerak aktif dan pantas
  • mempunyai sirip yang panjang dan cantik
  • sukakan keadaan persekitaran yang gelap
  • bertelur




IKAN KOI

  • berwarna putih bertompok merah, bertompok hitam
  • bersaiz besar
  • berasal daripada Jepun
  • makan semua jenis makanan ikan






Bagaimana? Adakah ikan-ikan yang dicari tersenarai dalam pembelajaran kali ini? Kepelbagaian sifat dan rupa ikan hiasan ini membantu dalam menceriakan lagi suasana hidupan air yang dipelihara. 


TUJUAN MEMELIHARA IKAN HIASAN

Namun, tahukah kamu mengapakah ikan hiasan ini diperlihara? Apakah manfaat yang dapat kita perolehi? Ikan hiasan dipelihara bagi menceriakan kawasan sudut rumah, pejabat atau kelas kamu sendiri. Pemeliharaan ikan hiasan ini juga memberikan ketenangan kepada kita di samping menghayati kehidupan alam akuatik.


Suasana sebegini mampu memberi ketenangan kepada penghuni
rumah yang baharu pulang letih bekerja / sekolah

Seronok bukan? Walau pun ikan bukanlah haiwan peliharaan yang boleh dibelai, kita masih boleh menunjukkan kasih sayang dengan memastika ia sentiasa diberi makanan dan dibersihkan tempat tinggalnya daripada kekotoran. Bagaimana pula caranya? Nantikan keluaran akan datang ya. Fahami segala pembelajaran di atas. Sekiranya terdapat sebarang masalah atau tidak jelas, hantarkan mesej melalui komen di bawah. Terima kasih! Jumpa lagi!



No comments:

Post a Comment